Siakap Keli
Gambar: Caprice Official

Isu Caprice & Ebit Lew: Polis Nasihat Tidak Sebar, Buat Kenyataan Berbaur Fitnah, Mengaibkan, Boleh Disiasat Bawah 4 Seksyen Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah berhubung isu melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli (Caprice) serta pendakwah, Ustaz Ebit Lew.

Dalam kenyataan media Pengarah JSJ Bukit Aman, tiada laporan dan kertas siasatan dibuka setakat ini mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai yang terlibat memuatnaik kenyataan berbaur fitnah boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah serta Seksyen 504 KK kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan perpecahan.

Selain itu, individu terlibat juga boleh didakwa tuduhan melakukan khianat awam melalui kenyataan di bawah Seksyen 505 KK atau Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian komunikasi.

Sumber: PDRM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.