Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Kaki Membengkak Tiga Kali Lebih Besar, Budak Derita Kaki Digigit Ular Berbisa, Racun Sampai Ke Buah Pinggang

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan telah digigit ular ketika keluar berjalan dengan keluarganya di Middlesbrough, England, baru-baru ini.

Menurut Daily Star, budak itu bersama ayah dan adiknya pergi ke tasik Cod Beck Reservoir sebelum dia terpijak sesuatu di laluan pejalan kaki dan melihat ia bergerak perlahan.

Tidak lama kemudian, budak itu dikatakan telah menangis berteriak dan bertegas mengatakan telah memijak ular. Namun, ayahnya yang baru sahaja selesai kembali dari mengemas kereta menyangka anaknya hanya berlebih-lebihan dan mungkin hanya terpijak cacing atau ulat beluncas.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, budak itu dipercayai mula mengadu sakit perut dan muntah, malah kakinya berdenyut-denyut. Setelah beberapa jam dalam perjalanan, si ibu melihat wajahnya yang telah bengkak, kakinya yang hitam kebiruan dan jelas dia kelihatan sakit apabila tiba di rumah.

Kakinya dapat dilihat terdapat kesan gigitan dan ibunya tahu mereka perlu segera ke A&E (Accident & Emergency). Keadaan itu telah mengejutkan para profesional perubatan apabila kaki budak itu telah membengkak menjadi ‘tiga kali daripada saiz yang sepatutnya’.

A young girl from Middlesbrough was bitten by a snake while out on a walk, leaving her in a "shocking" condition

Doktor akhirnya mengesahkan kecurigaan keluarga tersebut bahawa ia adalah gigitan ular Death Adder dan mendapati bahawa racun itu telah sampai ke ginjalnya ketika mereka menjalani ujian.

Jelas doktor, “Kakinya tiga kali lebih besar dari ukurannya dan seakan melecur teruk. Semua profesional perubatan yang kami ajak berbincang mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat perkara seperti ini”.

Menurut si ibu, mangsa dipercayai telah ditahan di hospital selama dua hari dan bengkaknya dikatakan sudah sampai separuh kakinya. Mereka mengharapkan agar dia dapat keluar dari hospital tidak lama lagi, dengan bertongkat dan diberikan antibiotik dan antihistamin.

The 11-year-old stepped on the snake while out on a walk

Tambah ibunya, “Dia bosan terperuk di dalam bilik hospital. Tetapi, dia sedang berlatih untuk kembali berdiri, kerana saat ini dia tidak dapat berjalan secara fizikal“.

Mengingati peristiwa yang menakutkan itu, ibu mangsa dilaporkan menggesa agar diletakkan tanda-tanda yang memperincikan kemungkinan bahaya di tasik Cod Beck Reservoir itu. Dia berpendapat bahawa tiada ular berbahaya di England, namun mereka harus berwaspada dengan ancaman itu.

Ular Death Adder dipercayai merupakan satu-satunya ular yang berbisa di UK. Portal Woodlant Trust menjelaskan bahawa ia menggunakan racunnya untuk menundukkan mangsanya namun jarang sekali bagi ular tersebut untuk menggigit manusia.

Jelas portal itu lagi, keadaan tersebut biasanya berlaku ketika manusia berusaha mengawalnya atau memijaknya secara tidak sengaja. Meskipun gigitannya ‘jarang membawa maut’, namun ia boleh menjadi ‘sangat memeritkan’.

A male adder curls up behind a tree in Northumberland

Adders are the only venomous snakes in the UK

Sumber: Daily Star

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "