Masih ingatkan anda dengan gangguan saluran Astro yang berlaku pada bulan Jun baru-baru ini? Boleh dikatakan ketika itu ramai yang marah tak dapat tengok TV sedangkan sudah bayar bil bulanan. Antara punca utama berlaku gangguan siaran tersebut adalah Satelit MEASAT-3 telah terkeluar dari orbit asal.
Menurut pengeluar satelit itu, Boeing Satellite System (BSS) masih melakukan penilaian untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut. Walaubagaimana pun, perkhidmatan yang diuruskan sebelum ini, kini diuruskan oleh satelit-satelit yang berkongsi kedudukan dan satelit pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan di rantau yang sama.
Kumpulan satelit-satelit MEASAT ditempatkan di hot slot orbital 91.5 darjah Timur. Tetapi MEASAT-3 telah terkeluar dari orbit posisi berkenaan sejak 22 Jun lalu.
Ini adalah gambaran kedudukan MEASAT-3
Menurut pakar, keadaan ini amat sukar bagi sesebuah satelit untuk kembali pulih kepada keadaan asal apabila sudah berada jauh dari posisi yang sebenar.
Sebenarnya, MEASAT-3 ini sudahpun sampai ke akhir hayatnya. Ia dilancarkan masuk ke orbit sejak tahun 2006 lagi dan dijadualkan untuk digantikan dengan yang baharu pada tahun ini iaitu MEASAT-3d namun perlancarannya ditunda atas faktor-faktor tertentu.
Untuk pengetahuan anda, MEASAT-3 merangkumi kawasan Asia, Australia, Selatan Eropah, Afrika dan Timur Tengah dengan jalur-C. Manakala, Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan pula merangkumi dengan jalur-KU.
Sumber: Spacenews