Siakap Keli
tips diet
Gambar: Fatin Ridwan

“Nasi 2 Atau 3 Kali Sehari,” Berjaya Turun Berat Badan, Wanita Ini Tampil Lebih Menawan Lepas Amal Diet Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat ideal penting bukan sekadar untuk penampilan fizikal, tapi juga kesihatan dalaman. Menurut laman Pendidikan Pesakit MyHealth, individu yang mempunyai berat badan berlebihan terdedah kepada penyakit kardiovaskular (berkait jantung), strok, darah tinggi dan masalah tulang belakang.

Jadi, penting untuk kita pastikan berat badan kita berada dalam lingkungan yang ideal, tak kurang, tak lebih.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi tips penurunan berat badannya sehingga berjaya menurunkan 19 kilogram. Kongsi Puan Fatin Ridwan, dia mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS) serta senaman ringan 30 minit setiap hari.

Jelasnya, dia pernah mencuba pelbagai jenis diet, tetapi tidak berkesan buat dirinya. Namun, dengan penjagaan bahagian (portion) makanan secara berterusan melalui DSSS, wanita ini berjaya menurunkan berat badan secara santai.

“Takat ni rasa diet paling best sebab boleh makan semua, cuma jaga portion.”

80kg – 61kg
Alhamdulillah walaupun dah lebih 6bulan tak jaga makan, berat hakak dok tang tu je.

Ni cara hakak ;

  • Cari air dulu bila lapar. Minum 1-2 gelas air kosong baru makan.
  • Berhenti makan bila kenyang
  • Utamakan makanan sihat. Makanan manis ambik buat hilang craving je.
  • Senaman ringan (Youtube) 30min setiap hari.
  • Set dalam otak, takde siapa boleh tolong aku. Aku je boleh ubah diri aku.
  • Yang penting jangan stress-stress diet

Sebelum ni pernah cuba macam-macam diet. Ada yang laju sebulan turun 10-12kg. Tapi sebab terlampau banyak cut tak boleh makan itu ini. Jadi sekali cheat tu memang “balas dendam” betul. Maka hakak kembali gomok 80kg.

Bila jumpa DSSS/kalori ni, hakak diet santai sebulan turun 2-4kg. Takat ni rasa diet ni paling best sebab boleh makan semua cuma jaga portion.

Bagi yang bertanya, ni cara saya:

  • Nasi 2x atau 3x sehari. Tengahari/petang/malam.
  • Pagi & Malam roti + Peanut butter 1-2 keping.
  • Kopi saya tak boleh tinggal, jadi ganti gula tu dengan stevia 2 titis.
  • Sayur wajib (sukusukuseparuh)
  • Sebolehnya tinggalkan gula terus.
  • Kalau teringin manis, macam kek saya makan 2-3 sudu.
  • Ambil manis belah petang atau malam je. Sebab bila pagi dah start manis, sepanjang hari asek nak manis. Mengidam memacam.
  • Air kena cukup, baru kita sentiasa kenyang. (25kg -1liter)
  • Protein kena cukup, kenyang tahan lama. (Untuk bakar lemak juga)
  • Senam wajib, bina otot. Otot lagi cepat bakar kalori.
  • Download App HealthifyMe untuk pantau pengambilan kalori.

Rupanya kalau kena cara, tak mustahil pun untuk turunkan berat badan dengan santai. Yang penting tahu tips yang betul dan ada keazaman tinggi. Bila dah jumpa cara yang sihat, tak perlu lagi paksa diri lakukan diet yang ekstrem sehingga buat diri tertekan. Santai je ok. Semoga berjaya.

Sumber: Fatin Ridwan, Pendidikan Pesakit MyHealth

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.