Siakap Keli
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri

Tular Lelaki Jual Bola Golf Terpakai Untuk Cari Rezeki, Dr Zulkifli Beli 10 Bungkus Bola Golf, Sokong Usaha Walau Tak Pandai Main

Pelbagai usaha dilakukan untuk meneruskan hidup di musim pandemik ini. Ada yang kehilangan kerja, terpaksa mencari pendapatan sebagai runnerΒ atau penghantar makanan untuk menampung komitmen setiap bulan.

Ada pula yang berniaga di tepi jalan bagi mendapatkan wang demi sesuap nasi atau membeli barangan perubatan. Tak kira umur dan latarbelakang, ramai yang terjejas dari segi fiizikal, mental dan material dek kerana pandemik.

Termasuklah sepasang suami isteri yang menjual bola golf terpakai di tepi jalan. Kegigihan mereka yang sebelum ini tular di Internet telah mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turun padang menyantuni mereka.

Kongsi Dr Zul, lelaki bernama En. Jaafar itu menjual bola golf terpakai berdekatan Tiara Melaka Gold & Country Club demi menyara keluarga dan isterinya yang kelainan upaya (OKU).

Biarpun permainan golf masih belum dibenarkan pada masa ini, pasangan itu tetap berikhtiar dengan menjual bola yang dikutip sendiri di tasik berdekatan sebagai punca rezeki.

Kisah pengorbanan ketua keluarga

Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad AL-Bakri

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.