Sudah sedia maklum, kita pasti sudah mengetahui perbezaan pemikiran antara kaum lelaki dan wanita tambah-tambah lagi bila berumahtangga. Semua perkara si isteri yang perlu ambil tahu. Sedangkan yang sekecil-kecil perkara pun, isteri yang selesaikan.
Orang selalu cakap perkara sebegini sangat lucu, tetapi itulah lumrah yang perlu para isteri atau wanita hadap dengan perangai ‘lurus’ para suami.
Tidak dinafikan, sifat lelaki bukan sahaja ‘direct to action’ malah kadang-kala ia terlalu lurus ikut pesanan atau arahan yang diberikan oleh wanita.
Sama seperti kisah yang dikongsikan di laman Tiktok ini tentang gelagat suaminya menyimpan ikan mentah ke dalam peti ais. Apa yang menghiburkan orang ramai apabila suaminya hanya mengikut ‘arahan’ yang diberikan tanpa berfikir panjang.
@helloiamroulette Lelaki memang straight eh? #tiktokmalaysia #fypシ #fypdongggggggg
Menjengah di ruangan komen, rata-rata para wanita turut meluahkan perkara yang sama terjadi kepada mereka.
“Aku suruh beli kuew teow paket, dia beli yang dah goreng…”
“Suruh laki beli 1 serai, dia beli sebatang je”
“Suruh suami beli daun sup, dia beli daun ketumbar, banyak pulah tu”
“Mak mentua suruh saya masuk halia dalam sup, saya masukkan tanpa buang kulit…”
“Aku suruh laki aku letak ayam dekat frezer atas, sekali dia letak atas peti ais…”
“mak suruh adik beli daun bawang, dia boleh kutip kulit bawang”
“kami cuma faham yang penting je”
“kami bertindak mengikut arahan”
Sumber: Helloiamroulette