Siakap Keli
Gambar: Haramain Sharifain

(Video) Rakaman Kain Kiswah Baru ’Selimuti’ Kaabah Dinaikkan, Detik Berharga Buat Tatapan Umum

Seperti yang kita maklum, Hari Raya Aidiladha bakal menjelang esok pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah. Oleh itu, kebiasaannya pada sehari sebelum raya iaitu 9 Zulhijjah, kelambu Kaabah atau dipanggil kain Kiswah akan ditukar kepada yang baru.

Seperti mana tahun 2019 dan 2020 pertukaran Kiswah ini dikongsikan di media sosial, begitu juga kali ini kita dapat lihat sekali lagi detik Kiswah ini ‘menyelimuti’ Kaabah menerusi platform media sosial Twitter.

Menerusi perkongsian video oleh @hsharifain di Twitter, kita boleh saksikan sendiri detik-detik kain Kiswah yang bakal diangkut menggunakan lori khusus sehinggalah detik pertukarannya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk melihat detik-detik kain kiswah ini ditukar.

Sumber: Twitter @hsharifain

Nurul Nabila