Siakap Keli
Gambar: Tiktok @thatpropertyguy

(Video)”Bergelut Dengan Cuaca Panas?” Lelaki Kongsi Tips Nak Bagi Ruang Dalam Rumah Sejuk, Boleh Cuba Buat

Cuaca sekarang yang agak panas telah meresahkan ramai orang terutamanya pada siang hari. Bila dah cuaca panas, mulalah nak minum air sejuk dan mandi dengan kerap. Itu di Malaysia, tapi tahukah anda di UK juga mencatatkan suhu yang agak tinggi.

Suhu di beberapa bahagian tempat di UK biasanya bersuhu 35 darjah Celcius sehingga menyebabkan penduduk Britain sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal sejuk. Hal ini kerana kebanyakan orang Britania tidak memiliki penyaman udara di rumah.

Oleh itu, muncul sebuah video di Tiktok yang tular apabila pengguna akaun @thatpropertyguy ini berkongsi cara untuk mengekalkan kesejukan di rumah masing-masing.

Dalam video tersebut, lelaki itu mengatakan, “Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya mula ‘struggle’ dengan haba ini. Jadi, berikut adalah beberapa cara untuk memastikan rumah anda tetap sejuk.”

Antara petua yang dikongsikan ialah:

1. Tutup tingkap, tirai dan langsir pada waktu siang bagi memastikan udara panas tidak masuk.

Sekiranya anda tetap perlu membukanya, cuba buka di tingkap hujung rumah yang bertentangan bagi mewujudkan aliran udara.

2. Bagi menghasilkan peredaran udara sejuk di dalam rumah, isi beberapa mangkuk dengan air dan ais.

Letakkan di kawasan rumah yang berbeza seperti di hadapan kipas kerana ia berfungsi paling baik jika anda memilikinya.

Tips to stay cool TikTok

3. Cuba masak di luar menggunakan perkakas BBQ jika boleh, kerana penggunaan ketuhar boleh menghasilkan haba.

Tips to stay cool TikTok

4. Jika mengalami kesukaran untuk tidur ketika panas, bekukan alas cadar sebelum tiba waktu tidur.

Cukup keluarkan alas cadar anda kemudian masukkan ke dalam beg dan letakkan ke dalam peti sejuk. Apabila tiba masa untuk tidur, pasang kembali dan tilam akan terasa sejuk.

Tips to stay cool

5. Tukar mana-mana mentol halogen kepada lampu LED sekiranya mampu.

Ini kerana mentol halogen boleh menghasilkan haba.

6. Matikan sebarang perkakas seperti TV apabila tidak menggunakannya.

Menurut sumber, video tersebut telah meraih 225.6 ribu tanda suka dan 1636 komen yang berterima kasih atas perkongsian tersebut. Ada yang telah mencuba petua tersebut dan memberi respons, “Ya, saya buat ini, nampak perbezaan besar dan ia benar-benar berjaya.”

Ada juga yang memberi sokongan pada pengguna akaun ini dengan menulis, “Wira yang kita semua perlukan”. Ada juga yang menambah, Saya sudah dapat merasakan udara sejuk apabila menonton ini”.

@thatpropertyguy

Struggling with the heat? 🥵 Some ways to stay 🆒☀️ #summer #home #tips #sun #lifehack #uk #hack #fyp

♬ 19-2000 (Soulchild Remix) – Gorillaz

Sumber: Mirror.co.uk, Tiktok @thatpropertyguy

Nurul Nabila