Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Dipercayai Kerana Cuaca Makin Panas, 1000 Tasik Baharu Dikesan Akibat Pencairan Glasier Di Pergunungan Alps

Perubahan iklim telah mengubah glasier di Pergunungan Alps menjadi 1000 tasik sejak tahun 1850.

Gabungan gambar-gambar yang diambil oleh para saintis dari Institut Sains dan Teknologi Akuatik Persekutuan Switzerland dari pergunungan itu dan data bertahun-tahun mengenai glasier menentukan jumlah tasik tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Analisis tersebut juga menunjukkan bahawa 180 tasik yang sedia ada hanya tercipta dari tahun 2006 hingga 2016, manakala 18 punca air baharu muncul setiap tahun selepas itu.

Ia merupakan bukti nyata dari kesan perubahan iklim di pergunungan tersebut.

“Pada awal penyelidikan ini, kami menjangkakan beberapa ratus tasik glasier telah tercipta. Sekarang ada lebih dari seribu dan 180 telah ditambah dalam dalam 10 tahun yang lalu sahaja,” kata ketua kumpulan sensor jauh di Institut Penyelidikan Akuatik Eawag, Daniel Odermatt.

Gambar Via Daily Mail

Pergunungan Alps adalah pergunungan yang tertinggi dan paling luas yang terbentang luas  kira-kira 745 batu di lapan negara Eropah iaitu Austria, Perancis, Jerman, Itali, Liechtenstein, Monaco, Slovenia dan Switzerland.

Sementara itu, para saintis mengatakan bahawa glasier kehilangan dua peratus dari jumlah bentuk mereka pada tahun lalu sahaja. Satu per empat tasik baharu yang terbentuk telah menyusut atau hilang sama sekali.

Untuk kajian ini, mereka mencatatkan lokasi, ketinggian, bentuk dan luas 1,200 tasik pada masa yang berlainan bersama engan jenis dan bahan empangan, saliran permukaan dan mencatat perkembangan tasik.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.