Siakap Keli
Gambar: Arrive Alive

Pemandu Di UK Boleh Disaman Sehingga RM 28k Jika Pakai Selipar Ketika Memandu Hingga Terjejas Pemanduan Ketika Musim Panas

Pemandu di Britain bakal berdepan dengan denda maksimum £5,000 (RM28,999) jika didapati bersalah memandu secara cuai disebabkan oleh pemakaian selipar, lapor akhbar The Sun.

Perkara tersebut ditegaskan selepas negara itu mencatatkan paras suhu terpanas dalam tahun ini kelmarin.

Di bawah Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya, pemandu dinasihatkan bahawa mereka mesti mempunyai ‘kasut dan pakaian yang tidak mengganggu pemanduan anda’.

Selipar berpotensi untuk mudah tercabut daripada kaki dan terjatuh di bawah pedal. Disebabkan itu, ianya dikhuatiri akan menghalang pemandu untuk menekan pedal minyak atau menekan pedal brek sekiranya situasi memerlukan dan sekali gus boleh menyebabkan kemalangan.

Dalam undang-undang yang sama juga, sekiranya mereka ditahan oleh pihak polis semasa memandu secara berbahaya atau kecuaian yang disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai, mereka boleh dikenakan tuduhan memandu tanpa penjagaan dan perhatian yang sewajarnya – juga dikenali sebagai pemanduan yang cuai.

Pemanduan secara cuai boleh dikenakan denda sebanyak £100 (RM580) atau tiga mata penalti bagi lesen memandu.

Namun dalam kes yang lebih serius, atau pesalah yang dihadapkan di mahkamah, pemandu boleh dikenakan denda maksimum £5,000, hingga sembilan mata penalti dan bahkan larangan memandu.

Satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat insuran sebelum ini mendapati bahawa sebanyak 27 peratus pemandu kenderaan di Britain berisiko untuk dikenakan hukuman berkenaan kerana memakai selipar ketika memandu.

Dan walaupun sebilangan besar warga Britain mengambil risiko itu kerana cuaca panas, sekitar satu dari tiga sebenarnya faham bahawa memandu sambil memakai kasut yang longgar adalah satu kesalahan.

Neil Greig, Pengarah Dasar dan Penyelidikan IAM RoadSmart, sebelumnya mengatakan kepada Sun Motors: “Sebelum memulakan pemanduan, anda harus memastikan bahawa pakaian dan kasut tidak menghalang pemanduan anda.

“Sekiranya selipar anda membuatkan pemanduan anda jadi berbahaya, anda boleh dikenakan Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya.

“Pemanduan yang cuai sebahagian besarnya dinilai berdasarkan implikasi pemanduan anda terhadap orang lain di sekitar anda, jadi jika anda dilihat berpusing-pusing atau membrek secara tidak menentu dan kemudian dihentikan dan didapati memakai kasut yang tidak bersesuaian, anda boleh dihukum.

“Jika anda menyebabkan kemalangan, maka itu juga boleh menjadi faktor yang boleh diguna pakai di mahkamah dan boleh menyebabkan hukuman yang lebih berat atau larangan memandu yang lebih lama.”

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.