Siakap Keli

“Sudah 2 Musim Zulhijjah, Jihadnya Di Sini,” Doktor Ini Kongsi Realiti Di CAC Dan Pusat Kuarantin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peningkatan kes baharu Covid-19 nampaknya terus mencatat peningkatan sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Buktinya hari ini, negeri Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu lebih 5,000 pesakit positif Covid-19.

Walaupun dalam suasana hari raya, tetapi para barisan hadapan bertungkus-lumus bekerja untuk merawat pesakit-pesakit ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook,  Dr. Azah Abdul Samad yang juga Doktor Pakar Kesihatan Keluarga di CAC menunjukkan ribuan pesakit Covid-19 melapor diri untuk masuk ke pusat kuarantin. Siapa sangka, di pusat kuarantin seakan di padang Arafah, orang ramai sedang berkumpul untuk masuk ke pusat tersebut.

“Kes-kes kecemasan memenuhi ruangan ED. Kebanyakan memerlukan bantuan oxygen. Ada yang perlukan bantuan hidrasi.”

Pesakit-pesakit di hantar menggunakan bas yang tersedia bekalan oksigen. Khemah-khemah terbina untuk pesakit-pesakit. Petugas-petugas perubatan bertungkus lumus mengendalikan pesakit-pesakit yang beribu jumlahnya.

Situasi yang sama seperti bulan Zulhijjah tahun-tahun yang terdahulu bagi rombongan perubatan petugas haji.

Yang berbeza pada musim ini adalah:

  • Khemah yang ada adalah di PKRC Maeps dan bukannya di Arafah – Mina
  • Ribuan pesakit adalah di CAC Stadium Malawati dan bukannya di Arafah Mina
  • Bas ambulans PKRC MAEPS dipinjam bukan bas yang disewa khas untuk Safari Wuquf
  • Tiada talbiah kedengaran
  • Tiada kelihatan Baitullah Al-Haram
  • Tiada kelihatan mereka yang berihram

Yang kelihatan adalah petugas bertutup litup dengan PPE. Sudah 2 musim Zulhijjah, jihadnya di sini.

“Hanya Allah yang mengetahui rahsia yang terselindung dan hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian ini.”

Semoga di angkat pandemik COVID-19 ini agar kita dapat kembali menjejak kaki ke tanah suci. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk meneruskan jihad Zulhijjah di negara sendiri.

 

Sumber: Azah Abdul Samad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.