Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah esok bagi memastikan tiada aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidiladha mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Dato Sri Acryl Sani berkata pematuhan SOP yang ketat merupakan kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.
Dalam menguatkusakan pematuhan SOP semasa tempoh sambutan Aidiladha, PDRM akan meningkatkan jumlah pemeriksaan. Untuk tujuan itu, pasukan-pasukan pemantau pematuhan akan giat digerakkan di seluruh negara dengan meberi fokus kepada kawasan-kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.
Tambahnya lagi, PDRM akan memastikan segala SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP, akan diambil tindakan tanpa kompromi.
Selain itu, peringatan juga diberikan agar masyarakat tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan ini.
Sebarang pelanggaran SOP berhubung perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sumber: PDRM