Siakap Keli

(Video) Ada ‘Benda’ Main Di Pintu, Pesakit Cuak Pintu Bilik Wad Terbuka & Tertutup Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi sesiapa yang pernah merasai sendiri pengalaman seram di hospital, sungguh benarlah bahawa ia memang tidak dapat dilupakan.

Ada yang pernah kena ganggu dalam tandas, ada yang diintai makhluk halus di tingkap, ada pula yang terdengar panggilan misteri.

Baru-baru ini, tular video mengenai kejadian seram yang berlaku di bilik wad di sebuah hospital, di mana pintu utamanya didakwa seakan ditarik oleh ‘sesuatu’.

Seorang netizen, Amir berkongsi video berkenaan di laman Twitternya semalam. Dalam masa sama, dia juga menceritakan kisah benar serupa yang pernah dilaluinya.

Rentetan kejadian seram dalam video ini, Amir berkongsi pengalaman seramnya sendiri sewaktu ditahan wad akibat demam denggi satu ketika dahulu. Jom ikuti kisah ini.

Seram, katanya makhluk tu mencakar-cakar pintu seakan mahu mengancamnya.

Tapi apa yang jadi lepas tu memang kelakar sikit.

Amboi, bukan main ‘takut’ lagi sampai terpaksa mintak nak tidur dengan cik misi. Lain macam pulak brader tu.

Berbalik kepada video viral di atas, Amir menjelaskan sekali lagi bahawa kejadian pintu ditarik itu memang betul-betul, bukan lakonan.

Betul ke ada benda kat situ?

Ada benda berbungkus tinggi sedang pandang abang yang merakam ni. Anda perasan tak?

Sumber: Twitter Thekhey Amir

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.