Walaupun ramai yang sedih tidak dapat beraya di kampung sejak Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi lebih bertambah sayu apabila melihat angka korban akibat wabak Covid-19 semakin meningkat setiap hari.
Inilah takbir raya yang paling sedih. Menerusi satu laman Tiktok Zackaffendi yang berkongsi pengalaman menguruskan jenazah sehingga malam dan mereka sempat mengalunkan takbir raya Aidiladha sementara menunggu kedatangan jenazah lan untuk dikebumikan.
Situasi sayu ini membuatkan orang ramai turut terkesan dan berasa hiba. Walaupun mereka letih bekerja dalam keadaan yang berisiko tinggi tetapi mereka tetap sambut kedatangan Aidiladha dalam keadaan sayu dengan mengalunkan takbir di tanah perkuburan.
Pengguna Tiktok ini juga mengucapkan ribuan terima kasih atas doa orang ramai untuk semua ‘frontliners’ supaya terus kuat menjalankan tugas ini.
“Hari raya Aidiladha kami yang pertama di Ainsdale, Seremban. Terima kasih atas doa kalian…”
@zackaffendi salam aidiladha..mohon maaf jika kami ade membuat kesilapan #covid19 #frontlinermalaysia #zackaffendi #tajhiz
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan mengakui berasa sayu dan sebak melihat situasi ini.
Mereka juga mendoakan agar semua ‘frontliner’ diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan besar ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendoakan agar penyakit ini diangkat secepatnya oleh Yang Maha Esa.
“Kau angkatlah penyakit ini sungguhnya kami tidak kuat menempuhnya…”
“sebaknya…teruskan perjuanganmu…”
“Allahuakbar, sayunya…kalian hebat sangat”
“Sedihnya kita kat rumah, sedangkan frontliners masih bekerja”
Sumber: Zackaffendi