Anjing merupakan salah satu haiwan kegemaran untuk dipelihara sendiri atau untuk menjaga kawasan sekitar rumah dan kawasan ladang. Tidak dinafikan, haiwan ini sangat cerdik dan mudah memahami arahan daripada manusia.
Bukan itu sahaja, haiwan ini juga mampu menunjukkan reaksi mereka mengikut situasi sedih atau gembira. Anjing ini juga mudah menjadi ‘sahabat baik’ kepada haiwan yang lain.
Sama seperti video yang dikongsikan di laman Instagram Makasar Info memaparkan sifat setia kawan seekor anjing bersama seekor lembu ini memang menyentuh perasaan ramai apabila anjing ini ‘menangis’ saat rakannya di arah keluar dari kandang tersebut.
Difahamkan, anjing ini bersahabat baik dengan lembu tersebut sejak kecil lagi. Benar, haiwan ini juga mempunyai perasaan seperti manusia. Korang yang tonton video ini mesti akan terdetik rasa sebak dan hiba.
View this post on Instagram
Sumber: Makasar Info