Pagi tadi, bergema suara orang ramai bertakbir di corong-corong pembesar suara masjid dan surau menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ini. Walaupun terpaksa disambut dengan penuh kesederhanaan dan pematuhan SOP yang ditetapkan, perayaan Aidiladha pada tahun ini cukup memberi makna ‘pengorbanan’ kepada ramai orang.
Pelbagai kisah dan coretan yang dapat dilihat seperti yang dikongsikan di media sosial. Ada yang menyertai ibadah korban, namun tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyertai aktiviti ‘menumbangkan’ haiwan korban. Begitu juga Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkongsikan dua ekor lembu yang dikorbankannya di kampung halaman, Terengganu Darul Iman.
Patuh pada SOP, Dr Zulkifli hanya dapat menatap gambar dan video ‘Pok Wea’ dan ‘Pok Ye’ kerana tidak boleh pulang ke kampung pada tahun ini.
Ini Pok Ye pic.twitter.com/oLHWITVE2N
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) July 20, 2021
Lembu-lembu saya untuk di korbankan di kampung halaman, Terengganu Darul Iman. Hanya dapat menatap gambar dan video sahaja kerana tidak boleh pulang ke kampung pada tahun ini. Kita patuh kepada SOP. Moga dapat memberi manfaat kepada asnaf dan penduduk sekitar yang memerlukan.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) July 20, 2021
Walau bagaimanapun, perkongsian video dua ekor lembu yang akan dikorbankan itu telah menarik perhatian warganet yang teruja dengan fizikal lembu tersebut. Siap ada yang memuji lembu itu cantik dan namanya yang comel.
Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri