Siakap Keli
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(Video)”Ini Pok Wea, Ini Pok Ye,”, Dipuji Cantik Dan Nama ‘Comei’, Lembu-lembu Dr Zulkifli Untuk Dikorbankan Tarik Perhatian Warganet

Pagi tadi, bergema suara orang ramai bertakbir di corong-corong pembesar suara masjid dan surau menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ini. Walaupun terpaksa disambut dengan penuh kesederhanaan dan pematuhan SOP yang ditetapkan, perayaan Aidiladha pada tahun ini cukup memberi makna ‘pengorbanan’ kepada ramai orang.

Pelbagai kisah dan coretan yang dapat dilihat seperti yang dikongsikan di media sosial. Ada yang menyertai ibadah korban, namun tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyertai aktiviti ‘menumbangkan’ haiwan korban. Begitu juga Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkongsikan dua ekor lembu yang dikorbankannya di kampung halaman, Terengganu Darul Iman.

Patuh pada SOP, Dr Zulkifli hanya dapat menatap gambar dan video ‘Pok Wea’ dan ‘Pok Ye’  kerana tidak boleh pulang ke kampung pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, perkongsian video dua ekor lembu yang akan dikorbankan itu telah menarik perhatian warganet yang teruja dengan fizikal lembu tersebut. Siap ada yang memuji lembu itu cantik dan namanya yang comel.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

"