Siakap Keli

Meraikan ‘Persahabatan’ Antara Golongan Bapa Moden

KUALA LUMPUR, 6 Julai 2021 — Peranan bapa yang dahulunya amat jelas kini telah berubah. Para bapa pada abad ke-21 ini bukan lagi semata-mata menyara keluarga dan mendisiplinkan anak-anak. Bapa-bapa hari ini mungkin bujang atau telah berkahwin, bekerja dari rumah, malah mungkin tinggal di rumah dan menjadi penjaga utama anak-anak. Para bapa masa kini yang tangkas memainkan peranan sebagai penyedia keperluan keluarga, pelindung, hero, penghibur dan teman, berhak menerima pengiktirafan yang lebih baik, dan ini jarang sekali dilakukan oleh masyarakat secara amnya. 

Syarikat elektronik multinasional Jepun, Brother International Malaysia (“Brother”), percaya bahawa ‘para bapa moden’ membantu menggalakkan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak, dan telah berubah menjadi bapa yang lebih ‘serba boleh’ berbanding generasi terdahulu. Bapa-bapa hari ini bukan saja cekap memasak, membuat kuih dan mengemas, mereka juga memainkan peranan yang aktif dalam menjaga dan mendidik anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh para ibu.

Menurut Tsutomu Takaki, Pengarah Urusan Brother International Malaysia, “Jenama kami sememangnya percaya kepada evolusi dan produk-produk kami dibangunkan dengan menjangka perubahan yang bakal berlaku. Dinamik keluarga hari ini telah berubah ke arah peranan binari di mana para ibu dan bapa melakukan lebih dari yang ditetapkan oleh norma-norma masyarakat. Dalam usaha memperjuangkan moto kami iaitu sentiasa di sisimu, kami ingin menjalankan sebuah kempen yang menekankan tentang perubahan dalam peranan ibu bapa, dengan memberi tumpuan khusus terhadap para bapa. Golongan bapa hari ini amat berbeza dan kami ingin memberi penghargaan kepada mereka dengan menyediakan platform untuk berkongsi cerita masing-masing. Kami juga ingin meningkatkan kemahiran keibubapaan dengan memberi mereka alat untuk mencipta, merapatkan hubungan dan menemukan minat baharu dalam kehidupan mereka supaya dapat menjadi bapa yang terbaik seperti yang mereka impikan.”

Bagi meraikan posisi bapa dalam keluarga dan memberi tumpuan sewajarnya kepada peranan dan tanggungjawab mereka yang serba boleh namun sering diabaikan, Brother Malaysia akan melancarkan fasa pertama kempen ‘Tough Love’. Setelah menjalankan beberapa temu bual dengan bapa-bapa dari pelbagai latar belakang di Malaysia, Brother telah menghasilkan sebuah video pendek yang menekankan tentang pengorbanan dan kejayaan individu-individu yang memainkan peranan sebagai ketua keluarga. Video yang sedang ditayangkan di saluran-saluran media sosial itu bukan sahaja memfokus kepada peranan bapa yang mencabar, namun pengalaman kebapaan itu secara amnya, dan realiti kehidupan seorang bapa moden.

Dengan matlamat untuk menyokong para bapa di seluruh Malaysia dan menyediakan alat kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran masing-masing, serta menemukan hobi baharu untuk dilakukan bersama anak-anak mereka, Brother memeriahkan lagi kempen ini dengan menggalakkan para peminat jenama tersebut untuk mencalonkan seorang bapa, sama ada diri mereka sendiri atau seseorang yang mereka kenali, dan menyatakan sebab mengapa individu yang dicalonkan itu adalah bapa (moden) yang terbaik.

Brother kemudiannya akan menghadiahkan sebuah mesin jahit Brother JA1450NT bernilai RM759 kepada (3) pemenang bertuah yang berkongsi mesej #ToughLove yang Paling Menyentuh Hati untuk meraikan peranan bapa moden dan membantu mempersiapkan para bapa dengan alat-alat yang terbaik untuk mendidik dan menjaga, serta melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Fasa kedua kempen ‘Tough Love’ akan terus memberi tumpuan kepada para bapa dengan pelbagai program dan usaha sama lain dengan matlamat untuk mencetuskan trend ‘Bapa Yang Pandai Menjahit’ di seluruh Malaysia. 

Rangkaian mesin jahit Brother (bernilai RM759 – RM3,999) dilengkapi teknologi dan ciri-ciri yang canggih, yang pasti mudah dipelajari dan digunakan. Dari menjahit pakaian anak-anak, hingga membaiki barang-barang di dalam rumah dan permainan; dengan tutorial menjahit yang disediakan oleh Brother di YouTube, para bapa kini boleh menggunakan mesin jahit dan mengasah kemahiran domestik untuk terus menyingkirkan stereotaip berkaitan jantina.

Untuk menonton video ‘Tough Love’ yang dihasilkan oleh Brother atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, layari https://www.facebook.com/BrotherMalaysia/

Nur Farra