Siakap Keli

TERKINI: 199 Kes Kematian Direkodkan Paling Tinggi Sejak Pandemik Di Malaysia

Malaysia sekali lagi merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid-19 pada hari ini dengan 199 kes dilaporkan, sekaligus angka tertinggi sejak pandemik itu melanda di negara.

Laporan tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian setakat ini kepada 7,440.

Sebanyak 199 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Pahang, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes  di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.

Merujuk pada laporan di bawah, jumlah kes aktif di negara kita kian meningkat iaitu 137,587 termasuk 927 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 459 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

 

Sumber: KKM

"