Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: Portal i-Citra Termasuk i-Akaun Tidak Boleh Diakses Bermula 7 Malam Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan laman portal i-Citra Online tidak boleh diakses sementara bermula jam 7 malam sehingga 11 malam hari ini (21 Julai).

KWSP menerusi satu pengumuman di Facebook berkata, gangguan perkhidmatan ini disebabkan penyelengaraan sistem oleh KWSP selain turut menjejaskan beberapa perkhidmatan lain.

Antara perkhidmatan online lain yang turut terlibat dalam tempoh yang sama adalah i-Akaun (ahli) dan i-Akaun (majikan); aplikasi i-Akaun dan Kios.

Pihak KWSP memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan berkenaan dan segala kerjasama amat dihargai.

Gambar: KWSP

Sumber: FB KWSP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.