Siakap Keli

“Tuan Tidur Ke Selama Ni?,” Terima Soalan ‘Pedas’ Dari Netizen, Ini Jawapan ‘Tenang’ Dari Dr. Zulkifli

Hampir dua tahun sudah kita menjalani kehidupan norma baharu di mana perlu memakai pelitup hidung dan mulut, jaga jarak fizikal dan duduk di rumah jika tidak ada urusan penting. Ia sudah menjadi rutin buat rakyat di Malaysia malah di seluruh dunia.

Namun, sejak kebelakangan ini keadaan jumlah kes positif semakin meningkat, kes kematian harian juga dilaporkan kian meningkat dari hari ke hari. Tidak dinafikan, jumlah jenazah Muslim yang terkorban akibat pandemik yang meningkat jumlahnya telah menyukarkan kelancaran pengurusan jenazah.

Dalam satu kiriman daripada Menteri Agama, Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yang menceritakan keadaan para petugas barisan hadapan yang amat letih menguruskan puluhan jenazah dalam sehari dikatakan mendapat kecaman daripada seorang pengguna Twitter.

Dalam tweet tersebut mendakwa Menteri Agama ini seakan tidak melakukan tugasnya dengan baik sepanjang pandemik ini berlaku di negara kita.

“Are you asleep this whole time?”

Tetapi dengan tenangnya Dr Zulkifli menjawab persoalan tersebut mendapat pujian ramai dan mereka kagum dengan cara beliau menjawab persoalan ‘kecaman’ tersebut.

“Tidak. Jika saudara ikuti, SOP pengurusan jenazah kami telah putuskan sejak awal 2020.”

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.