Siakap Keli
Foto: Saiful Islam

“Turun Bas Guna Kaki Kanan…,” Lelaki Ini Bagi Tips Kalau Nak Hidup Di Mesir Lepas 9 Tahun Tinggal Di Sana

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita sering dimamah dengan pemikiran tahap kemewahan jika seseorang itu bermaustatin di luar negara terutamanya di negara maju. Tetapi hakikatnya tak ramai yang tahu kehidupan sebenar mereka di sana.

Tambahan pula, proses untuk pindah ke negara luar bukanlah semudah yang kita sangkakan. Bayangkan, kalau kita berpindah rumah pun sudah terasa penatnya, inikan pula untuk pindah atau berhijrah ke luar negara. Bukan itu sahaja, kita juga perlu memahami adat budaya sesebuah negara yang bakal kita tinggal itu.

Sudah semestinya budaya mereka jauh berbeza dengan budaya di negara kita. Tambah-tambah lagi bila bermaustatin ke Mesir. Ramai yang cakap, tinggal di negara tersebut tidak mudah dan mungkin kita kurang selesa. Namun, mengikut penceritaan Saiful Islam ini, tinggal di Mesir sangat mudah jika ikut tips yang beliau kongsikan ini.

Ini semua pengalaman yang aku ambil sepanjang 9 tahun di Mesir dari tahun 2007 hingga 2016. 4 tahun menetap di Mansurah dan 5 tahun di Alexandria.

Kata Saiful Islam semasa dihubungi, ini merupakan pengalamannya dari tahun 2007 hingga 2016. Mungkin sekarang banyak dah berubah. Tips ini boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang akan berhijrah ke Mesir ini.

Kalau diajak 10 kali untuk ke Mesir aku pasti sebut YA! YA! dan YA! Jika dicari 100 keburukkan Mesir memang akan jumpa, tapi kau akan jumpa lagi 1000 kebaikkan Mesir. Jangan takut ke Mesir.

“NAK TINGGAL DI MESIR TAK SUSAH, ini tipsnya:”

1. Turun bas guna kaki kanan, sebab bas tak berhenti betul-betul.

2. Benda pertama kena makan ialah Mukhallal. Kalau yang ni pun tak boleh masuk tak payah sembang.

3. Naik teksi kena tanya siap-siap berapa tambangnya. Jangan terjah je macam anak tan sri.

4. Kalau naik tremko (servis), pilih duduk kat depan sebab senang nak turun.

5. Jangan kekok kalau kawan lelaki arab pegang tangan sambil berjalan.

6. Kalau nak bergaduh, maki je cukup, tangan jangan naik. Melainkan jika perlu.

7. Lampu rumah kena tukar selalu, sebab rumah rapat-rapat jadi siang pun pasang lampu. Lampu pula kualiti tak bagus, cukup bulan mesti malap.

8. Kalau nak senang dapat visa, kena ampu sikit pegawai. Senang cerita belanja dia sarapan.

9. Kalau menyewa rumah, jangan letak harapan deposit rumah dapat balik.

10. Jangan pakai kain pelekat kalau keluar rumah.

11. Maki arab dengan sebut khinzir, pada dia tak rasa apa pun. Tapi jangan sebut apa-apa berkaitan Mak dan Ibu.

12. Kalau nak lintas jalan, pertama kau kena yakin yang kenderaan lain nampak kau. Sebab kenderaan kat jalan raya tak berhenti untuk bagi laluan.

13. Ringankan mulut bagi salam, masuk kedai ke selisih dengan orang tepi jalan kena bagi salam.

Gambr sekadar hiasan

14. Macam mana nak beza arab muslim dengan kristian? Selalunya arab kristian ada tatu salib kecil di tangan untuk lelaki, untuk perempuan selalunya pakai skirt dan semestinya tak pakai tudung.

15. Kalau jalan kaki elakkan jalan depan gereja, sebab ada kes orang letupkan bom depan gereja.

16. 2 kelab bolasepak paling popular iaitu Al Ahly dan Zamalik. Ahlawy merujuk penyokong Al Ahly, Zamalkawy merujuk penyokong Zamalik. Kau cakap kau Ahlawy happy terus orang Mesir.

17. Coffee house tempat paling chill untuk lepak. Kedai ala-ala bar. Boleh tengok dia bancuh kopi sambil borak-borak petang..

18. Kalau naik keretapi, beli terus tiket 2 hala. Jimat masa tak perlu beratur panjang. Gerabak paling best Esbani dan Faransawy.

19. Masuk masjid besar jangan lupa bawa sekali kasut simpan dalam beg.

20. Bila arab berjanji dengan kau, dia akan sebut ‘BUKROH’ (esok) maksudnya kau dipilih Allah untuk menerima ujian terhebat.Potensi urusan kau tak selesai adalah tinggi.

21. Dalam kedai makan selalunya arab mesir letak serbuk kayu, sebab nak serap lembapan.

22. Negara Mesir ni takde longkang, bila musim sejuk akan selalu hujan maka selalulah terjadi air bertakung dijalan dan jalan jadi berlecah.

23. Arab Mesir ni biasa pakai kasut dalam rumah, sebelum arab masuk rumah ingatkan diaorang tanggalkan kasut dulu.

Sekadar gambar hiasan

24. Perasaan lain macam kalau masuk kedai runcit arab. Rasa nak beli semua. Packaging jajan dia sangat menarik.

25. Arab suka bersumpah ‘wallahi’, jangan percaya sangat.

26. Kena pandai baca bil elektrik rumah. Supaya kau tak tolong bayarkan bil jiran sebelah.

27. Bila membeli selalunya baki gula-gula.

28. Pick pocket berlambak. Jaga jarak dengan sesiapa pun bila keluar rumah. Mostly dalam tram dan bas. Elakkan dengar lagu di earphone sebab kita mudah leka.

29. Di Mesir tak banyak klinik, kau sakit pergi hospital terus dapatkan ‘prescription’ doktor, kemudian pergi farmasi beli ubat.

30. Ubat paling mujarab, VITACID.

31. Arab tak suka kita duduk silang kaki.

.. haaa tolong sambungkan lagi.

Nanti aku share apa yang best tinggal di Mesir.

 

Sumber: Saiful Islam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang