Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Cemas, Penumpang Dalam Ketakutan, Terperangkap Dalam Tren Bawah Tanah, Air Banjir Naik Ke Paras Bahu

Ratusan penumpang berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam keretapi bawah tanah yang dinaiki banjir sehingga ke paras bahu di China.

Lapor The Sun UK, pasukan penyelamat telah menemui tiga mayat pekerja dalam terowong yang masih dalam pembinaan sementara 11 lagi masih terperangkap sejak Selasa di selatan negara tersebut.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan ribut petir, menyebabkan tebing sungai di wilayah Henan pecah sehingga membanjiri beberapa bandar di sana.

Tambah portal itu, kehidupan seramai 94 juta penduduk di wilayah itu kini terjejas berikutan penutupan perkhidmatan pengangkutan awam di sana.

Di Zhengzhou, lebih 200 mm hujan dilaporkan turun dalam tempoh satu jam semalam, memaksa bandar itu menghentikan perkhidmatan kereta api.

Selain itu, banyak lebuhraya terpaksa ditutup manakala penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan. Malah, di Ruzhou, beberapa jalan telah bertukar kepada arus deras yang menghanyutkan kereta serta kenderaan lain, tulis The Sun.

Lebih 10,000 penduduk terpaksa dibawa ke pusat pemindahan untuk berteduh sementara menunggu keadaan pulih seperti biasa.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.