Siakap Keli
angin kuat
Gambar: SCMP

(Video) Kasihnya Si Ibu, Tercedera Ketika Jadi ‘Benteng’ Lindungi Anak Dari Angin Kencang, Skuter Dinaiki Terbalik Ditolak Angin

Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu yang sanggup menggunakan dirinya sebagai perisai untuk melindungi si anak dari bahaya.

Baru-baru ini di China, seorang wanita dirakam melindungi anaknya daripada angin kuat yang menyerang kawasan tersebut, lapor South China Morning Post.

Dalam video itu, kelihatan skuter dinaiki mereka terjatuh kesan daripada angin kuat, manakala sebuah lori di lokasi serupa turut terbalik.

Si ibu kemudiannya cuba bangun dan menjadi benteng kepada anaknya sehingga angin menjadi perlahan. Dia dikatakan mengalami kecederaan pada muka dan lengan susulan kejadian itu.

Sumber: South China Morning Post

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.