Siakap Keli
Gambar: @sam.southall02

(Video) Lelaki Buat ‘Penyaman Udara’ Gunakan Kipas Untuk Atasi Bilik Panas Berbahang

Seorang pengguna Tiktok telah berkongsi cara mudah membuat DIY ‘penyaman udara’ semasa gelombang panas (heatwave) yang dapat membantu mereka ketika suhu naik sehingga ke 30 darjah Celcius.

Menurut sumber, pengguna @sam.southallo2 itu dipercayai menggunakan kaedah meletakkan kipas di hadapan sebotol air yang dipenuhi ais.

Antara ‘step’ mudah yang dikongsikan ialah:

1. Tutup semua tingkap dan pintu

2. Gunakan sesuatu yang sejuk seperti sebotol air beku 

The TikToker shows how to make your room cool

3. Letakkan botol di belakang kipas

4. Nyalakan kipas

Walau bagaimanapun, ada yang dikatakan telah menyarankan agar menggunakan pek ais yang betul kerana botol boleh pecah disebabkan ais yang beku itu boleh mengembang. Ada juga netizen yang berasa kagum dan menyatakan cara tersebut benar-benar berkesan.

Antara komen yang ditulis oleh netizen ialah, “Ya, ia benar-benar berkesan tetapi saya mahu membeli [kipas] dari Amazon, ada yang ingin beri cadangan?”

Selain itu, ada yang menulis komen dan men’tagging’ temannya di ruangan komen, “Saya bagitahu kamu ini berhasil“.

Namun, tidak semua yang mengalami keberkesanan cara itu dan mengatakan, “Saya tidak dapat mengatasi cuaca UK“.

Menurut pakar tenaga, Max Green di Confused.com “Haba yang menyekat dapat membingungkan pertimbangan kita sama ada perlu mengeluarkan duit untuk sistem penyejukan yang mahal. Ia berharga mahal untuk dibeli dan menggunakannya, namun hanya berguna untuk beberapa hari panas yang dialami di UK setiap tahun“.

Tambahnya, “Kipas elektrik yang rendah masih merupakan salah satu penyelesaian yang paling biasa untuk memerangi haba. Dengan harganya yang murah, kebanyakan orang akan bersedia membayar dengan selesa“.

Menurut portal, sekiranya anda terlalu panas, anda juga boleh mencuba memakai pakaian lembap yang akan membantu menyejukkan badan semasa berbahang. Anda juga mungkin berasa lebih selesa untuk bekerja atau berehat di bilik yang menghadap ke utara, sekiranya ada.

@sam.southall02

🙂 #Fyp

♬ Snowflakes – Songer & Daneo

Sumber: DailyStar, Tiktok @sam.southall02

" "