Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Majlis Perkahwinan Dalam Kapsul Di Angkasa Lepas, Tiket Untuk tahun 2024 Habis Dijual Walau Harga Cecah RM500k

Mana-masa pasangan boleh melangsungkan pernikahan mereka di dalam kapsul yang dibawa oleh belon angkasa berukuran stadium bola sepak. Belon tersebut dipercayai boleh terapung sejauh 100,000 kaki (19 batu) di atas permukaan laut menjelang 2024, lapor Daily Mail.

Menurut sumber, firma Space Perspective yang berpangkalan di Florida kini menjual penerbangan melalui kapsulnya dengan harga $ 125,000 (RM 528,925). Penerbangan tersebut dikatakan akan menunjukkan pemandangan Bumi yang ‘tidak masuk akal’.

Tickets for Space Perspective’s ‘cruises’ to the stratosphere went on sale in June for $125,000. The firm is using giant space balloons to carry the luxury capsules

Kapsul yang dibawa oleh belon angkasa ‘gergasi’ itu dipercayai akan membawa seramai lapan orang tetamu ke stratosfera. Perjalanan tersebut adalah sejauh 100,000 kaki (19 batu) di atas permukaan planet Bumi iaitu selama enam jam.

Pictured taken during Space Perspective's test flight of its giant balloon that soared 20 miles above the surface in June 2021

Berdasarkan portal, firma itu telah mula menjual tiket penerbangan tersebut pada akhir bulan Jun lepas dan telah habis terjual untuk tahun 2024. Mereka mengatakan bahawa pelanggan masih boleh menempah penerbangan mereka sekarang untuk tahun 2025.

Menurut mereka lagi, pelanggan telah membeli keseluruhan kapsul untuk acara berkumpulan dan ada juga yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mereka di sana. Bukan itu sahaja, orang lain dikatakan mungkin merayakan ulang tahun kejayaan mereka di atas kapsul atau mengadakan acara korporat ke tahap yang lebih baru.

Sepanjang penerbangan itu, penumpang dipercayai akan dapat melihat pemandangan Bumi 360 darjah ketika berada di dalam kapsul, lengkap dengan bilik mandi, bar dan Wi-Fi di dalamnya. Malah, mereka akan diberi sarapan, boleh memesan minuman dan duduk di tempat duduk berbaring yang mewah sambil menikmati pemandangan eksklusif.

Tidak cukup dengan itu, tingkap tanpa silau yang disediakan akan memberi peluang untuk fotografi yang sangat baik dari dalam kapsul. Penumpang dikatakan akan dapat melihat sejauh 450 batu ke setiap arah. Mereka akan melihat seluruh semenanjung Florida iaitu turun ke Bahama melalui pulau-pulau dan menuju ke Teluk Mexico.

Passengers will soar 20 miles above the surface and feast their eyes on 360-degree views of Earth while inside a capsule that provides a bathroom and bar

Pada ketinggian puncak pula, mereka dapat melihat kegelapan penuh ruang angkasa. Pada masa yang sama, mereka juga dapat melihat kelengkungan Bumi – garis biru tipis ikonik yang selalu dibincangkan oleh angkasawan.

Bahkan, belon tersebut akan dapat dilihat antara satu sama lain dalam jarak 20 hingga 30 batu serta dapat dilihat oleh penduduk di darat juga. Apabila tiba masanya untuk kembali ke Bumi, belon besar itu dipercayai akan mulai mengempis dan kapsul akhirnya akan ‘mendarat’ ke permukaan Bumi.

Throughout the flight, travellers will be given food and drinks to enjoy in their reclining seats. There is also Wi-Fi inside the capsule that will allow for live social media updates

Menurut Taber dan Jane, pasangan suami isteri yang mengetuai Space Perspective itu, mereka ingin memberikan ‘cara paling mudah untuk pergi ke angkasa’, baik dari segi fizikal mahupun kewangan. Visi mereka adalah untuk membawa ribuan ke jutaan orang ke ruang angkasa itu.

Jelas Taber, “Pada masa akan datang, pergi ke angkasa akan jadi seperti ‘pergi ke Eropah’. Ia akan menjadi salah satu perkara biasa yang semua orang tahu seseorang pernah melakukannya. Untuk melakukan itu, kita perlu memberi harga yang tepat.”

Tambahnya lagi, “Jelas sekali, $ 125,000 (RM 528,925)masih tidak dapat dicapai oleh semua orang. Namun, tentunya jauh lebih murah daripada menaiki penerbangan Virgin atau syarikat angkasa lain”.

Kini, firma Space Perspective dilaporkan sedang berusaha mendapatkan lesen pelancaran dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Taber mengatakan bahawa ada beberapa pengubahsuaian yang harus mereka lakukan. Hal ini kerana peraturan tersebut disusun dengan mempertimbangkan roket dan mereka memiliki belon. Oleh itu, akan ada sedikit pertukaran yang diperlukan oleh mereka.

The entire trips, from launch to the stratosphere to landing, will take a total of six hours to complete – two hours is spent in the stratosphere

Sumber: DailyMail.co.uk 

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.