Siakap Keli
Gambar: paparich

(Video) Seakan Berterima Kasih, Cara Kucing Ini Pandang Selepas ‘Dibelanja’ Makan Undang Sebak Ramai

Pasti ramai diantara kita yang pernah didatangi si comel yang buat muka ‘seposen’ meminta makanan semasa kita sedang sedap menjamah di kedai makan.

Kadang-kadang kucing ni bila dia nampak je kita tengok dia, dia lagi agresif nak minta kita berikan makanan kita sikit pada kita sampai ada yang memanjat riba kita.

Ada sesetengah orang yang mungkin takut dengan kucing ini atau trauma akan cuba untuk menghalau mereka. Dan ada juga yang terdetik rasa kasihan sanggup berkongsi rezeki mereka terhadap haiwan yang comel ini.

Seperti satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @paparich ini, ketika dia sedang menjamah makanan di sebuah kedai, seekor kucing telah menghampirinya.

Kucing tersebut tampak seakan memberitahu kepada dirinya bahawa dia sedang kelaparan sampai sanggup memanjat ke ribanya untuk memohon kepada lelaki itu supaya berkongsikan sedikit makanan dengannya.

Kerana kesian tengok kucing itu, lelaki tersebut bermurah hati untuk belanja kucing terbabit makanan yang terdapat di kedai berkenaan.

Selepas memesan makanan kepada peniaga itu, peniaga itu pun terus menghidangkan kepada kucing tersebut.

Ketika kucing itu sedang menikmati makanan tersebut, pada suatu ketika dia berpaling ke arah lelaki itu seolah-olah ingin menyatakan terima kasih kepada lelaki berkenaan.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.

@paparich666

mulailah melakukan kebaikan dengan siapapun dan kapanpun #xyzbca #ppkmdarurat #kucing #catlover #kucinglucu

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut memuji tindakan lelaki itu dan ada juga yang turut berterima kasih kepadanya kerana telah membantu kucing berkenaan.

Sumber: paparich

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.