Siakap Keli
Kredit: Bernama

Mahkamah Benarkan Syed Saddiq Diikat Jamin Dengan Seorang Penjamin Sebanyak RM330k Bagi Kedua-dua Pertuduhan

Kuala Lumpur, 21 Julai – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM330,000 bagi kedua-dua pertuduhan, lapor Bernama.

Menerusi kemaskini agensi itu, sejumlah RM80,000 daripada wang jaminan itu dibayar hari ini manakala bakinya dibayar pada Selasa hadapan.

Ahli parlimen itu kini berhadapan pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selain didakwa menyalahgunakan wang sumbangan bernilai RM120,000 untuk kempen PRU14 lalu.

Sumber: Bernama

"