Siakap Keli
Gambar: NowThis

(Video) Dashcam Rakam Detik Cemas Kereta Tiba-tiba Melayang Di Udara

Satu video memaparkan rakaman dashcam berkenaan sebuah kereta yang kemalangan melambung ke udara di lebuh raya di California, Amerika Syarikat telah berlegar di internet.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Jumaat di Yuba City semasa sebuah keluarga sedang melalui Lebuh raya 99 itu.

Ketika keluarga tersebut sedang membelok, sebuah kereta yang datang dari arah hadapan secara tiba-tiba melambung ke udara sehingga hampir mengenai tiang elektrik sebelum mendarat ke lebuh raya itu.

“Ya Tuhan!” kata lelaki itu. “911! 911!, arah lelaki tersebut kepada wanita di dalam kereta berkenaan.

Wanita yang berada di dalam kereta tersebut terus meneghubungi 911 untuk melaporkan kejadian mengerikan itu.

Lelaki tersebut kemudiannya bergegas ke arah kereta berkenaan.

Peronda Lebuh Raya California menyatakan bahawa kereta itu baru sahaja terlibat dalam kejadian langgar lari beberapa saat sebelumnya, menurut agensi berita.

Pihak polis pula menyatakan bahawa pemandu tersebut tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Ajaibnya, mangsa yang memandu kereta itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

 

 

Sumber: New York Post

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.