Siakap Keli
Gambar: Syahman Abu Hasan

(Video) Pintu Tandas Lipat Senang Terbuka Walau Sudah Dikunci, Lelaki Kongsi ‘Step’ Mudah Nak Baiki Guna 3 Barang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap rumah mempunyai ruang dan struktur yang berbeza di setiap ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan sebagainya. Bercakap mengenai struktur di bilik air, ada sesetengah rumah yang menggunakan pintu kayu, ada juga yang menggunakan pintu lipat ke kiri dan ke kanan.

Namun, masalah yang kerap berlaku bagi pengguna pintu tandas lipat ini adalah apabila pintunya yang mudah dibuka. Orang dari luar tandas boleh membuka pintu tersebut hanya dengan menggerak-gerakkan sahaja pintunya walaupun sudah dikunci.

Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi kerana Syahman Abu Hasan ada berkongsikan penyelesaian kepada masalah ini. Hanya tiga barang sahaja yang diperlukan untuk membaikinya iaitu hanya sediakan ‘tape‘ hitam, pisau pemotong dan pemutar skru.

Antara ‘step‘ mudah yang dikongsikan adalah seperti di bawah:

1. Cabut skru di bahagian ‘lock’ pintu

2. Guna tape hitam untuk balut sebanyak 4-5 kali di bahagian depan dan belakang bagi mengecilkan ruang3. Gunakan pisau untuk potong bahagian akhir 

4. Pastikan sendal dapat masuk tanpa terlalu longgar mahupun terlalu ketat

5. Pasang semula skru

6. Sendal pintu sudah berjaya diketatkan

Nak lebih faham caranya, jom tengok video di bawah.

Sumber: Syahman Abu Hasan

" "