Kebiasaannya, anjing yang dipelihara akan lebih mudah patuh pada arahan tuannya. Sebab itu anjing dikatakan sebagai haiwan yang bijak selain ikan lumba-lumba dan monyet. Tapi ‘malangnya’, sifat patuh ini jarang ada pada kucing.
Siapa yang bela kucing di rumah, tahulah macam mana perangai makhluk berbulu ini yang kadangkala sangat degil, suka buat ‘kepala’ sendiri dan kuat melawan. Tapi mereka tahu, tuan mereka tidak akan marah sebab akan ‘cair’ dengan kecomelan wajahnya.
Bercerita tentang anjing dan kucing, satu video yang dimuat naik oleh Dog Awesome di Youtube ini sangat menghiburkan hati. Si tuan anjing ini mengajak ketiga-tiga anjing serta seekor kucingnya untuk bergambar.
Anjing tersebut yang dinamakan sebagai Naonao, Huanhuan dan Tengteng sangat faham setiap arahan yang dikeluarkan. Kalau disuruh pandang kamera, mereka pandang. Kalau disuruh duduk, mereka duduk.
Tapi yang buat masalah di sini ialah si bulus. Ketika sebelum bergambar, salah seekor anjing ini terpaksa mengheret kucing tersebut dari dalam rumah dalam keadaan paksa ke tempat penggambaran.
Apabila semua anjing sudah bersedia untuk bergambar, si bulus ini buat hal lagi. Sudahlah tidak mahu pandang kamera, pandai pula melawan. Sabar sajalah si anjing-anjing ini dengan perangainya.
Selain itu, kucing ini sangat manja dan dijaga dengan begitu rapi oleh ‘abang-abangnya’. Ketika si tuan menghulur makanan untuk salah seekor anjing, makanan itu dikongsikan terlebih dahulu kepadanya. Jom tonton video ini.
Video ini dimuat naik ke Youtube pada 30 Mei lalu dan telah ditonton lebih lima juta kali setakat ini. Ramai netizen berasa terhibur dengan perangai degil si kucing ini.
Sumber: Dog Awesome