Siakap Keli
Gambar: Tiktok @djshamketam

(Video) Siap Buat ‘Flip’ Lagi, Gelagat Lembu Tunjuk ‘Skill’ Terjunan Dalam Laut Buat Ramai Geli Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bermacam ragam dan gelagat haiwan peliharaan mahupun haiwan ternakan. Kadang-kala, ‘aksi’ yang dilakukan oleh haiwan ini tidak dijangka dan boleh menghiburkan hati yang melihat.

Seperti perkongsian sebuah video yang menunjukkan gelagat seekor lembu yang melompat dari atas bot dan terjun ke dalam laut. Tak cukup dengan itu, sempat buat ‘flip’ lagi. Amboi!

Gelagat aksi lembu yang dirakam dan dimuat naik dalam laman Tiktok @djshamketam dengan kapsyen “skill penerjun terbaik ni” telah meraih 1.2 juta tontonan oleh warganet hanya dalam tempoh 24 jam dimuat naik.

Dah lama dia teringin nak buat macam ni

Gambar: Tiktok @djshamketam
Gambar: Tiktok @djshamketam

Warganet yang terhibur dengan gelagat lembut itu telah memberikan pelbagai komen yang lucu dan menggelikan hati.

“Lebih baik aku terjun daripada disembelih”

“Ada hati nak ganti Pandadela”

“Dengar cerita lembu tu dah kat Tokyo dah sekarang”

“Salah seekor kontinjen lembu yang mewakili Malaysia di Olympic Animal World…”

Tonton video di sini:

@djshamketam

skill penerjun terbaik ni…😂😂😂😂selamat hari raya…😀😀😀

♬ Spongebob – Dante9k

Sumber: Tiktok @Djshamketam

"