Siakap Keli
Gambar: hafizi.zain

(Video) Tak Perlu Klik ‘Forgot Password’, Ini Cara Mudah Nak Dapatkan Balik Kalau Lupa ‘Password’

Bila dah banyak sangat akaun media sosial, jadi banyaklah kata laluan yang perlu ingat untuk mengakses sesuatu akaun. Antaranya ialah seseorang pengguna sosial kebiasaannya mempunyai akaun Facebook, Twitter, Instagram dan juga TikTok. Kalau kesemua akaun media sosial ini gunakan password yang sama tidak akan menjadi masalah, tapi kalau berbeza bagi setiap akaun akan menjadi keliru dan terlupa.

Penyudahnya, ramai yang akan klik ‘forget password’ untuk mendapatkan kata laluan yang baru. Namun begitu, tahukah sebenarnya korang boleh mendapatkan kembali kata laluan itu yang sememangnya sudah tersimpan di dalam komputer anda. Seperti yang dikongsikan oleh hafizi.zain di laman TikTok, dia mengatakan bahawa semua koleksi kata laluan yang pernah digunakan sebelum ini boleh didapatkan pada bahagian Tetapan pada Google Chrome anda.

Mudah sahaja untuk melakukannya, korang hanya perlu klik pada pilihan Password pada Tetapan Google dan senarai akaun yang anda pernah gunakan sebelum ini akan terpapar. Untuk lebih mudah memahaminya, anda boleh menonton video di bawah:

@hafizi.zain

Khas untuk korang yang selalu lupa password. Meh tengok sini meh. #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tips #fypシ #tipsbisnes #tipsandtricks

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: @hafizi.zain

"