Siakap Keli

(Video) “Tiba-Tiba Bunyi Loceng..” Terhibur, Ingatkan Ada ‘Hantu’, Rupanya Kucing Jiran ‘Curi-Curi’ Masuk Dalam Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing memang sejenis makhluk yang selalu buat ‘hal’. Siapa yang ada bela kucing di rumah, tahulah macam mana nakalnya si bulus ini. Biasa tak dengar kes kucing ‘pecah masuk’ rumah jiran sebab nak curi makanan? Mungkin ini kes biasa  dan tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Tapi apa yang berlaku dalam video di bawah ini agak ‘menyeramkan’.

Ianya bukan kes pecah masuk rumah, bukan kes curi ikan, tapi kes selinap masuk kenderaan secara senyap-senyap. Pemilik video, Dian Aziana mendakwa, suasana perjalanannya semasa sedang menaiki kereta ketika itu tiba-tiba terganggu dengan kehadiran bunyi loceng yang misteri. Puas dia cuba mencari arah dari mana bunyi itu datang.

Cari punya cari (dengan penuh berdebar), akhirnya misteri loceng itu terjawab apabila ‘seketul’ makhluk berbulu comel muncul di belakang. Rupa-rupanya bunyi loceng itu tadi datang daripada kucing jirannya yang telah menyelinap masuk ke dalam keretanya. Yang kelakarnya, dia sendiri tidak tahu entah bila masanya si bulus itu masuk.

Jom tonton video ini.

@dian_aziana

ingat de hantu dlm kete..sb bunyi loceng..dh suku jalan bru die nk meow²…saboo jela gn kucing jiran mak kami..😂😂 #catsoftiktok #kucingtiktok

♬ original sound – dian_aziana – dian_aziana

Dalam perkongsian di TikTok itu, Dian menulis kapsyen yang berbunyi;

“Ingat ada hantu dalam kereta..sebab bunyi loceng..dah suku jalan baru dia nak meow-meow..saboo jela dengan kucing jiran mak kami..haha..” katanya.

Video itu telah ditonton lebih 200,000 kali setakat ini serta meraih pelbagai komentar daripada netizen. Rata-rata mereka sangat terhibur dengan gelagat kucing tersebut. Jom kita tengok apa yang mereka luahkan.

“Tak pasal-pasal jadi kes penculikan..penculikan tanpa niat..” – Nurul

“Hahahaha..muka kesian dia cakap ‘tolong hantar balik..” – Thebutterflies

“Konon nak lari dari rumah..tapi separuh jalan dah rindu mak..” – Khee

Kelakar betul tengok perangai si bulus ni. Kucing anda macam mana pula?

Sumber: TikTok Dian Aziana

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.