Siakap Keli

Bajet Tak Sampai Seribu, Abang Ni Kongsi Cara Mudah ‘Setup’ Kolam Renang Saiz Keluarga Di Rumah

Siapa saja yang tak suka mandi-manda di kolam renang? Bagi yang tinggal di perumahan jenis pangsapuri atau kondominium, mungkin tidak jadi masalah sebab kolam memang ada ‘depan mata’ saja.

Tapi macam mana pula bagi anda yang tinggal di rumah teres? Kolam renang awam pula agak jauh dari kawasan rumah. Jangan risau, sebenarnya anda boleh saja buat kolam renang sendiri di rumah.

Seorang warga group Facebook Dekorasi Rumah Sebelum Selepas (DRSS), Syafiq Hassan baru-baru ini berkongsi tips mendirikan kolam renang ‘DIY’ di rumah sendiri dengan kos yang sangat menjimatkan poket.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara ‘setup’ kolam renang saiz keluarga dengan bajet tak sampai RM1,000

Gambar: Syafiq Hassan

Anak bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa, jom set up kolam renang dekat rumah.

1) First mestilah beli kolam renang. Nak puas hati beli yang saiz 4 meter. Lebih besar, lebih bagus.

Antara brand kolam renang yang mampu milik ialah brand Bestway. Senang nak set up dekat rumah, anak-anak pun boleh buat. Kolam Bestway saiz 4 meter harganya RM750 termasuk filter kolam.

Filter kolam ni penting untuk pastikan kolam sentiasa bersih daripada debu dan kotoran. Boleh check dekat SINI untuk info lanjut.

Selain Bestway, brand INTEX pun sangat recommended tapi bajet keras sikit dekat Shopee. Selalu sold out. Tapi puas hati dengan kualitinya. Boleh rujuk di SINI.

Gambar: Syafiq Hassan

2) Dah ada kolam dengan filter, kena ada tangga. Kalau tak beli pun tak apa, ada yang pakai kerusi je untuk masuk ke dalam kolam.

Tapi agak bahaya juga kalau kerusi tergelincir, seeloknya beli tangga khas untuk swimming pool, contohnya yang macam INI.

Jadi total 3 benda yang diperlukan untuk setup kolam renang di rumah:

  • Kolam renang + filter kolam: RM750
  • Tangga kolam renang: RM198
  • TOTAL: RM948 sahaja
Gambar: Syafiq Hassan

Ini pula filter untuk kolam. Penting untuk pastikan kolam sentiasa bersih dari debu dan kotoran. Kalau beli kolam dengan seller ini, akan dapat sekali dengan filter. Lihat SINI untuk info lanjut.

Barangan tambahan lain

Barangan tambahan lain yang boleh dibeli sekali seperti berikut:

1) Penutup kolam renang. Bila kolam tak digunakan, boleh tutup kolam supaya tak ada benda asing masuk ke dalam kolam. Boleh beli di SINI.

Gambar: Syafiq Hassan

2) Chlorine tablet. Fungsi benda ni untuk hapuskan bakteria, lumut dan sebagainya dalam kolam. Boleh beli di SINI.

Gambar: Syafiq Hassan

Haa sekarang dah boleh set up kolam renang saiz family dekat rumah. Harga pun mampu milik sangat. Bagus pakai kolam renang macam ni, ia jimat space. Kalau tak guna, boleh lipat dan simpan.

Semoga tips ini bermanfaat.

Sumber: Syafiq Hassan melalui Deco Rumah Sebelum Selepas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.