Siakap Keli

Tular Lukisan ‘Buruk’, Lelaki Tak Sangka Karyanya Laku ‘Keras’, Terjual Lebih 300 Keping Di Shopee

Setiap daripada kita yang tidak tahu berkenaan seni lukisan ini pasti akan beranggapan bahawa lukisan yang seakan ‘conteng-conteng’ tu hanya biasa-biasa sahaja.

Akan tetapi, bagi pakar atau penggiat seni, setiap lukisan dan corak itu mempunyai makna yang mendalam.

Ianya sudah banyak terbukti apabila lukisan-lukisan yang seakan contengan secara rawak telah berjaya dijual dengan harga yang mencecah ribuan ringgit.

Berbeza pula dengan seorang pengguna Twitter bernama Adib Afdzal ini apabila dia sendiri tidak menyangka bahawa hasil lukisan melucukan dilakarnya telah mendapat sambutan yang hangat daripada warganet.

Menurutnya, dia telah mendapat inspirasi untuk melakar lukisannya itu selepas terdorong dengan seorang seller yang menjual kata-kata ‘semangat’ melucukan di platform Shopee.

“Daripada situ saya terfikir, why not jual lukisan di Shopee,” ujarnya ketika ditanya.

Hanya menggunakan perisian ‘photoshop’ dan melukis menggunakan tetikus, dia pada awalnya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap potensi hasil lukisannya itu.

Untuk mencuba nasib, dia telah mempromosikan hasil lakarannya yang diiklankan di Shopee menerusi akaun Twitter miliknya dengan harga RM0.50 setiap satu.

Pertama kali ianya dimuat naik, ciapannya itu dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan.

Tetapi selepas seorang pengguna TikTok menularkan berkenaan lukisannya itu, warganet mula membuat tempahan untuk membeli lukisannya.

First-first upload tiada sambutan, bila satu hari selepas itu, ada user tiktok viral kan lukisan saya.

“Dari situ sale meningkat naik. Rasa terkejut pada mulanya. And terharu juga sebab ada yang puji lawa dan syukur dapat menghiburkan mereka.

Menurutnya lagi, ada juga yang kemurungan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membeli lukisannya untuk menghiburkan hati mereka.

Setakat ini, lebih 300 unit lukisannya itu sudah habis terjual.

Adib dilaporkan berjaya meraih sebanyak lebih RM100 hasil daripada lukisannya yang dijual dengan harga cuma RM0.50 sahaja.

Dia juga turut dilaporkan menerima tempahan untuk melukis apa sahaja yang diinginkan pelanggan.

Hasil lukisannya itu kemudian akan dihantar melalui emel atau Shopee Chat dalam bentuk softcopy sahaja.

Menjengah ke ruangan review di Shopee, hasil lakaran yang dilukisnya itu rata-rata membawa kegembiraan kepada pelanggannya yang sedang terkesan disebabkan wabak pandemik ini.

Sumber: Adib Afdzal

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.