Siakap Keli

(Video) Angin Kuat Tiba-Tiba Melanda Beberapa Negeri, Dijangka Berlarutan Sehingga Jam 3 Pagi

Kira-kira 30 minit yang lalu, penduduk di sekitar Selangor dan beberapa negeri dikejutkan dengan kehadiran angin kencang yang kuat secara tiba-tiba. Suasana pada malam ini menjadi bertambah dingin berbanding biasa.

Menerusi tinjauan di ruangan Twitter, ramai warganet berkongsi rakaman gambar dan video keadaan angin ‘luar biasa’ yang membadai kawasan rumah mereka. Sungguh dahsyat, keadaannya saling tidak tumpah bagaikan ribut.

Di bawah ini adalah beberapa rakaman video dan persoalan ramai warganet mengenai kehadiran ancing kencang secara tiba-tiba yang menimbulkan rasa panik.

Angin kencang hingga 3 pagi nanti

Merujuk kepada kenyataan Jabatan Meteorologi (METMalaysia), rupa-rupanya fenomena yang berlaku pada malam ini adalah disebabkan jangkaan angin kencang, hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan sehingga 3 pagi nanti.

Kenyataan yang dikeluarkan pada 11 malam Khamis menyatakan, kawasan yang terlibat dengan fenomena ini adalah di sekitar perairan Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur.

Difahamkan, kelajuan angin kencang ini mencapai sehingga 50 kilometer sejam, selain laut turut bergelora dengan ombak yang mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan agak berbahaya kepada bot-bot kecil.

Di bawah adalah ciapan METMalaysia mengenai ramalan cuaca di negeri-negeri terlibat secara terperinci.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.