Siakap Keli

(Video) Segak Bertanjak Siap Bersamping, Kontinjen Negara Di Pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020

Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan selama setahun, akhirnya membuka tirai sebentar tadi dalam acara penuh gilang-gemilang walaupun berlangsung di hadapan ribuan kerusi kosong di Stadium Olimpik, Tokyo.

Difahamkan, temasya sukan terbesar di dunia itu disertai oleh 206 kontinjen dari seluruh negara dengan Malaysia menghantar 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan.

Pastinya, perarakan kontijen negara di barisan ke-177  menjadi sorotan utama rakyat negara ini dengan upacara kemasukan kontinjen ke dalam stadium dimulakan dengan negara Greece.

Kesemua 13 wakil terlibat termasuk atlet dan pegawai berarak yang mewakili kontijen negara di dalam perbarisan dilihat berjalan masuk ke tengah stadium dengan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Apa yang menarik perhatian, persalinan berwarna-warni yang dipakai oleh wakil kebangsaan membawa maksud tertentu di mana melambangkan identiti rakyat negara ini.

Rekaan oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini merupakan inspirasi dari persalinan pemakaian Laksamana Hang Tuah dan mengambil warna jalur gemilang sebagai warna asas.

Sumber: Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.