Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Tersilap Dengar Arahan, Wanita Maut Terjun “Bungee Jumping” Sebelum Tali Keselamatan Siap Dipasang

Rakaman mengerikan yang memaparkan pelompat bungee meninggal dunia selepas tersalah tafsir dengan menyangka bahawa gilirannya telah tiba untuk melompat dari ketinggian sekitar 45 kaki itu semasa tali keselamatannya tidak terpasang telah berlegar di internet.

Wanita yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah melompat dari atas sebuah jambatan di utara Colombia selepas mendengar isyarat yang dimaksudkan untuk teman lelakinya.

Sebuah video yang menunjukkan mangsa melompat dari jambatan itu telah dirakamkan oleh pelancong yang berada di tebing berdekatan.

Kira-kira 100 orang sedang menunggu untuk melakukan terjunan itu ketika kejadian.

Tali bungee itu dilaporkan tidak diikat sepenuhnya lagi pada pergelangan kakinya ketika dia tersalah tafsir isyarat untuk pasangannya itu.

Dipercayai bahawa dia telah terkena serangan jantung sebelum dia jatuh ke tanah dan meninggal dunia ketika pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian.

Teman lelakinya difahamkan orang pertama yang tiba dan berusaha untuk melakukan CPR kepadanya.

Dia dilaporkan menerima rawatan kerana kecederaan yang dialaminya ketika berusaha untuk ke arah teman wanitanya itu, dan dikatakan dalam keadaan terkejut.

Gustavo Guzmán, datuk bandar Fredonia, Antioquia menyatakan kepada El Tiempo: “Dia terkeliru. Isyarat itu untuk teman lelakinya melompat kerana dia sudah dipasangkan peralatan keselamatan.

“Mereka hanya sempat memakaikan tali keselamatan pada pinggangnya sahaja namun dia terkeliru dan terus melompat.”

Wanita itu telah dikebumikan selepas selesai majlis upacara di kejiranan Simón Bolívar di Medellín, di mana dia tinggal bersama keluarganya.

Pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan selepas mendakwa bahawa dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan membekalkan peralatan di lokasi tersebut tidak dibenarkan melakukannya.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right