Siakap Keli
Gambar: Instagram

”Anjang Aki Sudah Tiada..” Pelakon Veteran, Baharuddin Omar Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam petang tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan ‘Anjang Aki’ itu meninggal dunia kerana kompilasi penyakit pembuluh darah bengkak, maklum isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar, memetik laporan Awani.

Dalam masa sama, berita pemergiannya turut dikongsi oleh beberapa selebriti tempatan seperti Fiza Halim menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

“Pernah saya bekerja dalam beberapa buah drama dengan arwah. Arwah memang seorang yang lemah lembut tutur kata dan amat sopan.

“Terlalu tertib orangnya. Dapat berita Anjang Aki dah tiada..” katanya di Instagram.

Mengimbas kembali, Allahyarham Baharuddin pernah membintangi beberapa drama di Radio Televisyen Malaysia (RTM), antaranya Tanah Pusaka (1967), Perajurit Pulang (1968) dan Bangsawan (1970).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan manusia yang beriman. Salam takziah & Al-Fatihah.

Sumber: Awani / Instagram Fiza Halim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.