Siakap Keli
Gambar: Bernama

Hospital Selayang Jadi Hospital COVID-19 Sepenuhnya, Sedia 450 Katil

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) — Hospital Selayang akan menjadi sebuah hospital COVID-19 sepenuhnya dengan keupayaan menyediakan sehingga 450 buah katil untuk rawatan COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong.

Sebagai salah satu strategi menangani peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang, Dr Chong yang juga ketua pasukan petugas khas Greater Klang Valley berkata, pesakit lain di Hospital Selayang akan dirujuk ke hospital swasta di kawasan itu bagi meningkatkan keupayaan katil untuk pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5.

Kategori 3 merujuk kepada kes dengan pneumonia tetapi tidak memerlukan oksigen, kategori 4 (mereka dengan pneumonia memerlukan oksigen, manakala kategori 5 memerlukan sokongan ventilator.

“Hospital Selayang merupakan hospital keempat di Lembah Klang ditukarkan menjadi hospital COVID-19 sepenuhnya”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan petugas khas Greater Klang Valley ditubuhkan Kementerian Kesihatan bagi memantapkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan dalam mengurus pandemik COVID-19 di kawasan Lembah Klang.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.