Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Penyelidik Temui Runtuhan Gunung Berapi Dalam Air, Struktur Mirip “Eye of Sauron”, ‘Alam Jahat’ Dalam Lord Of The Rings

Bagi yang pernah menonton Lord of The Rings, korang pasti ingat kan dengan Eye of Sauron yang mempunyai kuasa luar biasa sehingga hanya sesetengah orang sahaja yang mampu berlindung dari ‘pandangan’ jahatnya.

Mungkin ia sekadar fiksyen semata-mata tetapi penemuan sebuah gunung berapi baru-baru ini seakan ada persamaan dengannya.

Menurut Daily Star, gunung berapi yang runtuh itu terbentuk seperti Eye of Sauron sambil dikelilingi oleh struktur dasar laut yang mengingatkan kepada ‘alam jahat’ Mordor.

Gambar Via Daily Star

Difahamkan, para saintis menemui landskap yang ‘sepi’ itu ketika menjelajah di Lautan Hindi iaitu kira-kira 174 batu di tenggara Pulau Krismas.

Di atas gunung berapi itu, kelihatan seperti mata menyeramkan sedang ‘mengintip’ ke dalam laut dari kedalaman  10,170 kaki. Strukturnya jauh lebih besar daripada Eye of Sauron iaitu dengan panjang 3.9 batu dan lebar 3 batu.

Para saintis telah menggunakan sonar multibeam untuk membuat peta 3D kaldera dan dasar laut di sekitarnya. Seperti kaldera lain, ia terbentuk ketika puncak gunung berapi asal runtuh.

“Magma cair di dasar gunung berapi beralih ke atas dan meninggalkan ruang kosong di bawah.

“Kerak nipis dan padat di permukaan kubah kemudian runtuh, mewujudkan struktur besar seperti kawah,” kata ketua saintis, Tim O’Hara.

Gambar Via Daily Star

Tidak cuma itu, terdapat dua gunung lain juga ditemui berhampiran gunung itu yang dipanggil sebagai ‘Barad-dur’ dan ‘Ered Lithui’.

Jelas O’Hara, Gunung ‘Ered Lithui’ adalah sebahagian dari sekumpulan gunung yang terbentuk sejak 100 juta tahun yang lalu.

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.