Siakap Keli
Gambar: Google Image

(Gambar) Jangan Lepaskan 29 Jenis Ikan Ni Dalam Perairan Umum, Berisiko Sumbang Bawaan & Penyebaran Penyakit Baru

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah berkongsi suatu hebahan kepada orang awam mengenai larangan melepaskan ikan bukan asli ke perairan umum menerusi Facebook. Seperti yang ramai tahu, perbuatan tersebut memberikan kesan negatif terutamanya kepada hidupan laut.

Dalam hebahan jadual tersebut, DOF ada menyatakan beberapa implikasi sekiranya ikan-ikan berkenaan dilepaskan di perairan umum. Antaranya ialah:

  1. Mengganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.
  2. Boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum. Malah, ikan-ikan ini menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan.
  3. Penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

Berdasarkan jadual yang dikongsikan oleh DOF, terdapat beberapa jenis ikan bukan asli yang dilarang untuk dilepaskan, antaranya adalah seperti di bawah.

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Nurul Nabila