Siakap Keli
Gambar: Saudi Gazette

Raja Salman Titah Supaya Badan Amal Arab Saudi Salur Bantuan Kepada Malaysia Untuk Tangani COVID-19

Baginda Raja Salman telah mengarahkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief) untuk menyalurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani COVID-19, lapor Saudi Gazette.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penyelia KSrelief Abdullah AL Rabeeah mengatakan bahawa arahan Raja Salman menunjukkan kedalaman hubungan yang kuat antara kedua-dua negara.

Menurut Al-Rabeeah, bantuan perubatan merangkumi satu juta dos vaksin COVID-19.

Kami akan berkoordinasi dengan Pejabat Menteri Luar Negeri Malaysia untuk mendapatkan kontrak dengan salah satu pembuat vaksin antarabangsa yang diluluskan untuk membekalkan kuantiti yang diperlukan terus ke Malaysia, kata Al Rabeeah.

Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammudin menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur atas perkara berkenaan.

Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

 

Sumber: Saudi Gazette, Hishammuddin Hussein

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.