Siakap Keli
Gambar: @kimuuseken

(Video) 2.6 Juta Tontonan, Lelaki Tunjuk Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Dasar Botol, Cuma Guna Plastik

Korang pernah tak menghayunkan botol sos dengan kuat untuk mengeluarkan sisa sos di dalamnya yang tinggal sedikit dan berada di dasar botol tersebut. Tak kan nak buang pula sebab masih ada yang tersisa di dalamnya, tapi, ‘struggle’ untuk mendapatkannya dapat difahami oleh orang yang pernah melakukan perkara tersebut.

Walaupun begitu, korang tak perlu risau sebab ada cara yang mudah untuk dilakukan bagi mengeluarkan sos berkenaan yang berada di dasar botol. Seperti yang dikongsikan oleh Kimuuseken di aplikasi Tiktok, dia hanya menggunakan satu bahan sahaja untuk mengalihkan sisa sos dari dasar botol ke sudut lubang botol.

Caranya mudah, hanya masukkan botol tersebut di dalam plastik, pusingkannya berkali-kali dan lihatlah hasilnya. Untuk mengetahuinya, cuba lihat video di bawah:

@kimuuseken

sebwah lifehack jam 3 pagi

♬ original sound – Its Kimuuđź’¤ – Its Kimuuđź’¤

Sumber: @kimuuseken

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa