Siakap Keli

(Video) “Bangkit Dari Kegagalan,” 5 Atlet Ini Pernah Gagal Di Olimpik Tapi Bangkit Jadi Juara Dunia

Bukan mudah untuk bertanding di Sukan Olimpik bertaraf dunia. Untuk sampai ke tahap itu, seorang atlet perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan halangan.

Bangkit dari kegagalan. Hidup manusia ini seperti roda, kadangkala kita mengecapi kejayaan dan kebahagian. Kadang kala kita jatuh ke bawah, di timpa kegagalan dan musibah. Namun, kegagalan ini memberi semangat untuk para atlet seluruh dunia bangkit mengejar kejayaan.

Bak kata pepatah, tiada pengorbanan, tiadalah kejayaan. Penat lelah keringat, pengorbanan dan usaha keras selama bertahun-tahun memberi satu kejayaan buat mereka.

Seperti video yang dikongsikan oleh laman Facebook, Olympics ini berkongsi pengalaman beberapa atlet dunia yang pernah gagal suatu ketika dahulu dan kini bangkit terus berjaya sehingga bergelar juara.

Ini kisah lima atlet dunia yang dahulunya pernah gagal dan kini bergelar juara.

1. Svetlana Khorkina

Merupakan altet gimnas Dari Rusia ini pernah gagal dalam sukan Olimpik 1996 dan selepas itu bangkit memegang gelaran juara dunia sebanyak tiga kali pada tahun 1997, 2001 dan 2003. Dalam sukan Olimpik 1996, beliau tidak berjaya merangkul pingat emas hanya kerana satu kesalahan sahaja.

2. Carlo Molfetta

Beliau merupakan seorang atlet Taekwondo dari negara Itali pernah gagal pada sukan Olimpik 2004 namun berjaya merangkul emas pada sukan Olimpik London pada tahun 2012. Beliau juga berjaya memegang pingat emas pada Kejohanan Taekwondo Eropah pada tahun 2010.

3. Fabian Hambuchen

Atlet gimnastik kelahiran Jerman ini pernah gagal dalam Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Bagaimanapun, atlet ini bangkit sehingga merangkul emas dalam Olimpik Rio pada tahun 2016.

4. Khaty Johnson

Beliau merupakan atlet sukan gimnas artistik kelahiran Amerika Syarikat ini pernah gagal dalam Olimpik Los Angeles pada tahun 1984 dan bangkit semula dalam acara lain sehingga berjaya mendapat pingat emas ketika itu.

5. Jack Laugher

Antara atlet yang paling muda dalam sukan penerjun berjaya mauk dalam Sukan Olimpik. Beliau yang berasal dari United Kingdom ini pernah gagal dalam sukan terjun pada Olimpik London 2012. Bagaimanapun, beliau bangkit dalam Olimpik Rio merangkul gelaran juara dan juara dalam beberapa sukan Komanwel 2014.

 

Sumber: Olympics

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.