Siakap Keli
Gambar: Youtube, Twitter, Google

(Video) Berwajah Garang & Cakar Tajam, Haiwan ‘Pelik’ Di Dasar Laut Ini Dikatakan ‘Anak Godzilla’, Rupa-rupanya..

Bagi peminat filem, sudah pasti mengetahui mengenai filem Godzilla vs Kong yang ditayangkan pada tahun ini di Malaysia. Kelibat dua raksasa itu di dalam filem sungguh menggerunkan terutamanya ketika kedua-duanya bertempur.

Bercakap mengenai Godzilla, sejenis haiwan yang dirakam di dasar laut telah dikaitkan sebagai anak kepada raksasa itu. Apa tidaknya, fizikalnya yang turut nampak ganas itu menjadi alasan kenapa haiwan itu disamakan dengan Godzilla.

Seperti yang dikongsikan oleh The Dark Side Of Nature di laman Twitter, haiwan ‘pelik’ itu dilihat berenang di kawasan dasar laut dengan wajah yang ngeri. Kelibatnya yang melihat di sekeliling seakan-akan mencari mangsa telah berjaya menarik perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa haiwan tersebut bukanlah ‘anak’ kepada Godzilla, namun ianya adalah Amblyrhynchus Cristatus. Lebih mudah dikenali sebagai Iguana Laut, reptilia ini mempunyai wajah yang garang, tetapi sebenarnya ‘herbivores’ yang lembut. Cakar ia yang panjang dan tajam adalah untuk menempel pada batu di pantai atau di bawah air dalam arus deras.

Mempunyai badan dengan warna abu-abu gelap, haiwan ini mempunyai kelenjar khas untuk membersihkan darah mereka dengan garam tambahan.

Kebiasaannya, reptilia ini mempunyai jangka hayat purata di alam liar sekitar lima sehingga 12 tahun. Bersaiz purata sekitar 4 hingga lima kaki, ‘anak Godzilla’ ini mempunyai berat satu sehingga 3.3 paun.

Sumber: Dark Side of Nature, National Geographic

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.