Siakap Keli
Gambar: Tiktok @ainnur287

(Video) Meremang, Wanita Terakam Suara Perempuan ‘Menyanyi’ Dalam Ambulans

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan makhluk halus di dalam dunia ini tidak dapat dinafikan. Kehadirannya untuk mengganggu manusia secara tiba-tiba dalam pelbagai cara boleh menimbukan rasa takut dan panik.

Walau tanpa bayangan, usikan melalui suara atau bunyi cukup membuatkan suasana menjadi seram seperti pelbagai kisah mistik yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Antaranya, sebuah video tular di laman TikTok di mana seorang pembantu perawatan kesihatan yang dikenali sebagai Ain, secara tidak sengaja telah merakam suara seorang perempuan bersenandung di dalam ambulans.

Menurut wanita ini, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke ke Hospital Seberang Jaya setelah menyelesaikan tugasan menghantar dua orang pesakit Covid-19 di sebuah hospital lain pada jam 4 pagi.

Gambar: Tiktok @ainnur287

Tidak memikirkan perkara yang aneh, dia tidak mendengar sebarang bunyi atau suara sesiapa ketika merakamkan video tersebut.

Tambahan pula, hanya dia seorang sahaja berada pada bahagian belakang ambulans manakala pemandu dan pembantu perubatan berada di bahagian hadapan.

Gambar: Tiktok @ainnur287

Dah rasa lain macam..

Namun, ketika mendengar semula video berkenaan, dia mendapati terdapat suara seorang perempuan lain yang menyeramkan seakan sedang menyanyi dengan nada yang lembut. Patutlah sebelum itu dia merasa seperti ada yang tidak kena.

Jelas Ain, suara tersebut sama sekali bukan miliknya sekaligus menimbulkan misteri kerana hanya dia seorang diri berada di belakang ambulans tanpa ditemani oleh sesiapa pun.

Gambar: Tiktok @ainnur287

Di ruangan komen, warganet turut berpendapat bahawa memang terdapat suara wanita lain yang sedang menyanyi. Ada yang turut berkata bahawa suara itu kedengaran seperti suara perempuan sedang menangis.

Tidak kurang juga yang  mendoakan kesejahteraan frontliners yang terpaksa berkorban dan menghadapi banyak dugaan dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini.

“Dengar macam dia nyanyi seharum bunga yang menggoda.”

“Macam dengar suara perempuan menangis. Tegak bulu roma..”

“Memang ada suara remaja yang menyanyi…”

“Meremang bulu badan dengar suara itu…”

“Kan situ banyak darah. Tempat tinggal dia lah tu.”

“Semoga awak diberikan kekuatan…”

Tonton video di sini:

@ainnur287

😰

♬ original sound – Ain Nur – Ain Nur

Sumber: Tiktok @ainnur287

" "