Siakap Keli
Gambar: South China Morning Post

(Video) Sayu, Terpisah & Hilang Ingatan Setelah Jatuh Tingkat 7, ‘Keajaiban’ Pertemukan Keluarga Semula Lepas Lebih Sedekad

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ingatan telah berjaya menemui keluarganya semula setelah lebih dari satu dekad.

Menurut South China Morning Post, Zhou Shuiping yang kini berusia 40 tahun pernah mengalami suatu kemalangan sejak 13 tahun lalu dan lupa akan identitinya.

Jelasnya, “Saya telah mengalami kecederaan di kepala setelah jatuh dari tingkat 7 di tapak pembinaan pada tahun 2008. Kemudian, saya terlupa apa yang berlaku sebelum kemalangan itu“.

Zhou dipercayai terputus hubungan dengan keluarganya memandangkan telefon dan sebarang ID tidak dimilikinya. Walau bagaimanapun, dia dikatakan tidak pernah berhenti mencari keluarga dan identitinya semula.

Menurut bapanya, dia telah bertanya kepada beberapa orang termasuklah rakan-rakan Zhou. Namun, tiada sesiapa yang tahu akan keberadaannya. Sumber mengatakan bahawa maklumat mengenai Zhou telah dikumpulkan di platform pemerdagangan manusia pada tahun 2017.

Wang Bin, pegawai polis cawangan Quanshan berkata, “Kami mendapati bahawa maklumatnya sesuai dengan kes orang hilang di Zigong, Sichuan. Kami kemudiannya membandingkan DNA Zhou dengan ayahnya dan ternyata ia sepadan“.

Akhirnya, pencarian selama 13 tahun itu membuahkan pertemuan yang manis apabila mereka dipertemukan semula setelah beberapa tahun kemudian.

Zhou mengatakan bahawa dia tidak pernah membayangkan bahawa dia akan menemui ayahnya lagi walaupun dalam mimpi. Babak pertemuan itu sungguh mengharukan apabila mereka berpelukan dan ayahnya begitu sedih apabila mengenangkan hidup anaknya yang pasti sukar selama 13 tahun itu.

Tambah ayahnya, “Jika tidak kerana usaha polis, bagaimana ayah dapat berjumpa dengan kamu lagi? Bagaimana jika ayah telah mati. Ayah sudah berumur sekarang dan ayah tidak tahu berapa tahun lagi tinggal. Kamu mungkin kembali semula setelah ayah tiada, dan kita pasti tidak akan pernah bertemu lagi“.

Menurut Zhou, itu pasti menjadi suatu penyesalan padanya untuk seumur hidup. Namun, takdir  telah berjaya menemukan mereka semula. Video mengenai pertemuan anak dan ayah yang dikongsikan di Facebook itu turut menyentuh hati netizen yang menontonnya.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan ada yang turut berasa gembira kerana telah dipertemukan semula dengan orang tersayang. Malah, tidak kurang juga yang memuji polis negara itu apabila berjaya menyelesaikan misi kehilangan lelaki tersebut.

 

Sumber: South China Morning Post

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.