Siakap Keli
Foto: Facebook

Himpunan Aman Doktor ‘Kontrak’ Diseluruh Negara, Tuntut Untuk Diserap Ke Jawatan Tetap

Tular di media sosial hari ini apabila para doktor kontrak di hospital mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ruangan hospital setiap negeri.

Himpunan ini dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa sebarang kekecohan.

Difahamkan, ia dibuat sebagai bantahan kerana tuntutan kumpulan doktor itu untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook berkongsi beberapa keping gambar di mana himpunan tersebut dibuat secara aman dan mengikut SOP yang ditetapkan. Kini dengan tandapagar #hartaldoktorkontrak mula ‘trending’ di media sosial.

Dalam mengharungi waktu pandemik ini, kerajaan melantik ramai petugas kesihatan berstatus kontrak untuk menampung keperluan yang diperlukan bagi melawan Covid-19.

Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan tindakan undang-undang. Petugas kesihatan banyak berjasa kepada orang awam sepanjang tempoh pandemik ini.

 

Sumber: Medic Mesir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.